fb fb fb fb fb

PDRM umum pertukaran empat pegawai kanan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 Mac- Polis Diraja Malaysia hari ini mengumumkan pertukaran empat pegawai kanannya termasuk Ketua Urusetia Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman ACP Azman Shari’at yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA berkuat kuasa 15 April ini.

Setiausaha PDRM, Alzafny Ahmad menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kekosongan yang ditinggalkan Azman itu akan diisi oleh Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin.

Beliau berkata turut bertukar ialah Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor yang dilantik sebagai Penolong Pengarah Siasatan dan Pemantauan, Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di Putrajaya.

Pertukaran turut melibatkan Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personel) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman ACP Mohamad Lazim Ismail yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju.

Jelas Alzafny, pertukaran tersebut berkuat kuasa mengikut tarikh yang sama.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE