fb fb fb fb fb

PDRM terima dua laporan dera kanak-kanak

Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR, 17 September- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima dua laporan berhubung kes penderaan kanak-kanak dipercayai dilakukan ahli GISB Holdings Sdn Bhd.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan siasatan awal mengesan dua video tular berkait penderaan itu dan disebarkan melalui media sosial sebelum dikongsikan masyarakat umum.

"Pada 16 September PDRM menerima dua laporan polis berkaitan penderaan kanak-kanak disyaki dilakukan ahli GISB. Siasatan awal berdasarkan video yang dikongsikan masyrakat umum dua kertas siasatan telah dibuka dan diklasifikasikan bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kataya.

Beliau berkata demikian dalam dalam sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di ibu negara yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain serta wakil agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan kanak-kanak dipercayai di rumah amal dirotan selain mengadu kesakitan ketika diperlakukan dengan kasar.

Dalam pada itu PDRM turut membekukan 96 akaun bank bernilai lebih RM581,000 berhubung siasatan GISB Holdings Sdn Bhd.

Razarudin berkata, kesemua akaun bank berkenaan dibekukan untuk siasatan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram PDRM.

"Sehingga kini 96 akaun libatkan GISBH kita bekukan aset kira-kira RM581,552 ringgit telah dibekukan bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

"Sebanyak empat akaun telah ditutup, lapan buah kenderaan telah dikeluarkan untuk kita tahan," katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI