fb fb fb fb fb

PDRM tangkap dua individu hina institusi raja, ugut perdana menteri

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 28 November- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan dua tangkapan berasingan terhadap dua individu berusia dalam lingkungan 37 dan 34 tahun berhubung kenyataan berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut kenyataan itu, tangkapan pertama dilakukan di kawasan Kota Bharu pada 26 November ke atas pegendali akaun 'Cik Mat Cik Po' kerana memuat naik komen yang membawa kecenderungan menghasut terhadap mana-mana raja.

Tangkapan reman bermula 27 November hingga 30 November.

Manakala tangkapan kedua dilakukan ke atas pemilik akaun TikTok @jaiadani89 berikutan satu hantaran berbaur ugutan jenayah terhadap perdana menteri di kawasan Jalan Padang Tembak, Kota Bharu.

Tangkapan reman terhadap individu itu dikenakan bermula 28 November hingga 30 November.

Bagaimanapun kedua-dua kes masih dalam siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Dalam kenyataan itu, PDRM menasihatkan orang ramai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu proses siasatan selain cakna dan prihatin terhadap isu sensitif terutama melibatkan keselamatan negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI