fb fb fb fb fb

PDRM Melaka teruja terima BUDI95

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika ditemui pemberita RTM

JASIN, 19 September -Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Melaka menzahirkan rasa syukur kerana menjadi kumpulan pertama menerima subsidi petrol RON95 melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95).

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar menyifatkan proses pembelian mudah dengan menggunakan MyKad di semua stesen minyak pada harga subsidi.

"Dan kita dapati proses pengisian minyak itu amatlah mudah menggunakan MyKad dan kad mesin juruwang automatik (ATM), selain menggunakan tunai juga boleh digunakan di kaunter, saya sudah gunakannya dan prosesnya tidak sampai seminit," katanya.

"Terima kasih kepada kerajaan atas pemberian BUDI95 kepada pegawai dan anggota PDRM kontinjen Melaka," Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jasin, Inspektor Mohd Hafiz Osman.

"Mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas pemberian BUDI MADANI ini kepada seluruh warga PDRM khasnyalah," Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jasin, Sarjan Abdul Jamil Nordin.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan sumbangan BUDI95 kepada kami dan rakyat Malaysia, " Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jasin, Koperal Mohd Affandi Wahid.

TETITIA YUSOFF