fb fb fb fb fb

PAU 2022: Persidangan serentak Pemuda, Wanita dan Puteri

KUALA LUMPUR, 12 Januari- Hari kedua Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2022 menyaksikan persidangan bermula serentak melibatkan ketiga-tiga sayap iaitu Pergerakan Pemuda UMNO, Wanita UMNO dan Puteri UMNO.

Setiap ketua sayap menyampaikan ucapan dasar disusuli pembentangan usul dan perbahasan yang turut dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Pergerakan Pemuda UMNO bersidang di Dewan Merdeka, Wanita UMNO di Dewan Tun Razak 4 dan Puteri UMNO di dewan Tun Hussein Onn bermula pukul 9.00 pagi tadi.

Ketiga-tiga sayap mengadakan perhimpunan agung masing-masing setelah dirasmikan secara serentak malam tadi oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Hassan.

Sebahagian perwakilan Pemuda UMNO hadir pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda
UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan
Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini / FOTO BERNAMA

Seramai 950 anggota perwakilan menghadiri perhimpunan pergerakan Wanita manakala Pemuda 967 orang dan Puteri 958 orang dalam PAU 2022 yang bermula semalam.

Keseluruhannya seramai 5,523 anggota perwakilan UMNO dari seluruh negara menghadiri perhimpunan tahunan parti kali ini yang dijadual berakhir Sabtu ini.

Media Baharu