fb fb fb fb fb

Pasport milik lelaki Israel adalah tulen, dikeluarkan oleh Kedutaan Perancis - KDN

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KLANG, 1 April- Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan pasport Perancis yang diguna oleh seorang lelaki Israel untuk memasuki Malaysia adalah tulen.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulas demikian ketika menjawab persoalan berhubung kemasukan lelaki itu ke Malaysia.

Beliau menjelaskan semakan mendapati pasport Perancis milik lelaki itu dikeluarkan oleh Kedutaan Perancis di Tel Aviv dan ia adalah sah.

"Daripada sudut sistem dan Akta Imigresen, kalau dokumen sah dan kita tidak ada masalah hubungan dengan negara berkenaan yang mengeluarkan dokuman perjalanan, kita benarkan. Oleh sebab itu, bila berlaku tangkapan dan soal siasat, kita sahkan dia benar-benar rakyat Israel."

"Kita minta masyarakat beri keyakinan penuh dengan tahap profesionalisme siasatan polis. Pencapaian mereka ada kemajuan bagus, dalam tempoh 48 jam dapat tangkap yang disyaki pembekal senjata dan sahkan motif. Yang penting, jaminan keselamatan dan ketenteraman awam," kata Saifuddin kepada pemberita pada sidang media selepas lawatan tinjauan Op Khas Pagar Laut, di sini.

Datuk Seri Saifuddin mengingatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut dan memberi kepercayaan kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

Selain itu, memberi jaminan bahawa keselamatan masyarakat akan terus diberi keutamaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM