fb fb fb fb fb

Parallel pathway: Kabinet bincang Rabu depan - PM

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan isu berhubung program Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau 'Parallel Pathway' akan dibincangkan mesyuarat Kabinet pada Rabu ini.

"Kami akan membincangkan perkara ini pada hari Rabu semasa mesyuarat kabinet," kata Anwar ringkas pada sidang media selepas menghadiri Pameran Era Pascanormal Madanidi Berjaya Times Square, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi institusi tunggal yang menawarkan program 'parallel pathway' dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks.

Susulan itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta UiTM membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus bidang berkenaan.

Bagaimanapun cadangan itu mengundang kritikan pelbagai termasuk mahasiswa dan alumni UiTM.

ARTIKEL BERKAITAN
Program Parallel Pathway, KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan

SITI AISHAH MD ISA