fb fb fb fb fb

Pantau perolehan lesen institusi pengajian bukan aliran perdana

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun

SEREMBAN, 25 September - Kerajaan negeri serius menguatkuasakan perolehan lesen sebelum mana- mana institusi pengajian bukan aliran perdana seperti pusat tahfiz, pondok dan madrasah mahu beroperasi.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan, pihak berwajib seperti Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) akan memainkan peranan dengan melakukan pemantauan secara berterusan.

Katanya, masih ada pusat pengajian itu beroperasi sebelum mendapat kelulusan dan lesen daripada kerajaan negeri.

"Kita berharap ini tidak berlaku selepas ini , seleepas ada lesen baru beroperasi, kita kena lihat undang-undang kita di peringkat Kerajaan Negeri supaya hanya yang ada mempunyai lesen. Ini pandangan baiklah selepas ini boleh hanya benarkan apabila ada lesen," kata Aminuddin.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini.

Sementara itu, Aminuddin memberitahu Kerajaan Negeri sedang mendapatkan maklumat dan perkembangan GISBH di negeri itu secara menyeluruh.

Tindakan tegas akan diambil sekiranya membabitkan pengharaman dan menyalahi undang- undang.

"Cuma saya minta supaya pihak Jabatan Agama dan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melihat perkembangan dari semasa ke semasa ada yang kita nampak ada tanda logo sudah berubah dan itu antara bukti awal maklumat, begitu kita sedang kumpulkan dan sedang meneliti untuk diambil tindakan," katanya.

TETITIA YUSOFF