fb fb fb fb fb

Pantai timur dijangka alami hujan sangat lebat berterusan hingga Rabu ini

KUALA LUMPUR, 19 Disember- Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan sangat lebat berterusan hingga Rabu ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran cuaca tahap bahaya itu diramalkan berlaku di seluruh Kelantan serta Terengganu manakala di Pahang melibatkan Jerantut dan Kuantan.

Hujan lebat berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di seluruh Perlis, manakala di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling, bagi tempoh yang sama.

(METMalaysia keluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya)

Amaran cuaca tahap bahaya itu turut dijangka berlaku di daerah Hulu Perak, Perak sementara bagi Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin.

Media Baharu