KUALA LUMPUR, 17 Januari- Program 'PADU HOUR' inisiatif terbaharu bagi menggalakkan rakyat Malaysia mendaftar dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata ia berlangsung esok selama sejam mulai pukul 12.00 tengah hari.
DOSM memaklumkan kaunter fizikal akan dibuka bagi menerangkan dan membantu urusan pendaftaran secara kendiri atau melalui bantuan petugas.
Jabatan berkenaan bercadang untuk menganjurkan PADU HOUR dua kali sebulan dengan menyasarkan semua warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas yang tinggal di negara ini.
Orang ramai turut dipelawa menyertai program itu secara dalam talian.
Lebih 1 juta rakyat telah mendaftar dalam platform berkenaan setakat ini.
Artikel Berkaitan:
Sasaran 2 juta daftar sistem PADU, mampu direalisasi akhir bulan ini
PADU: Lebih 100,000 telah mendaftar di Johor
Daftar segera PADU, elak terlepas subsidi
JaPen Melaka gabungkan medium konvensional dan terkini untuk promosi PADU