fb fb fb fb fb

Ops Khas Bersepadu: JPJ Johor keluar 431 saman

FOTO Facebook JPJ Johor

JOHOR BAHRU, 30 Mac- Sebanyak 431 notis saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan, menerusi Ops Khas Bersepadu yang dijalankan di Johor Bahru malam kelmarin.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 845 kenderaan diperiksa dalam operasi yang dijalankan di susur Lebuhraya Pasir Gudang, Pekan Rabu itu.

Antara kesalahan dikesan, 140 kes tiada lesen memandu serta 70 kes lesen kenderaan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Selain itu, 178 kenderaan telah diambil tindakan, mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan oleh JPJ Johor, bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjaga, khusus menjelang perayaan Aidilfitri yang akan datang.

ROSLINA BINTI DIN