GUA MUSANG, 3 Januari- Operasi Penghantaran Bekalan Makanan ke Kawasan Terjejas Banjir Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diteruskan di Gua Musang, Kelantan.
Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit dari Lapangan Terbang Subang bersama Unit Udara Bomba.
Sebanyak 20 tan bekalan makanan diedarkan kepada 20,000 masyarakat orang asli yang terputus bekalan makanan susulan banjir yang melanda di kawasan tersebut.