fb fb fb fb fb

Op Selamat 18 tidak menahan individu yang mempunyai saman atau waran tangkap - Polis

KOTA BHARU, 28 April - Polis tidak akan menahan dan mengambil tindakan terhadap individu yang memiliki banyak saman atau waran tangkap sepanjang tempoh 10 hari Op
Selamat ke-18 (Op Selamat 18).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, tindakan itu tidak akan diambil dalam tempoh tersebut kerana tugas pihaknya sempena Op Selamat adalah untuk melancarkan perjalanan pengguna balik ke kampung halaman.

Beliau ingin menjelaskan kembali, Op Selamat yang dilancarkan matlamatnya adalah mengutamakan perjalanan yang lancar dan tanpa halangan.

"Disamping itu juga kita ada menubuhkan bilik gerakan JSPT sekiranya perlu bantuan sama-sama mengunakan kemudahan yang ada untuk maklumkan pada pihak kami," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Jawatan Ketua Polis Dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini.


(Majlis Serah Terima Jawatan Ketua Polis Dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Kelantan)

Beliau mengulas, pihak polis akan menyantuni masyarakat bagi melancarkan perjalanan dengan bantuan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) untuk membantu permudahkan pengguna di jalan raya.

Pihak JSPT akan menggunakan alat bantuan teknologi Intelligent Compound Online Payment System (iCOPS) dan alat pengesan had laju In-Car Radar untuk mengesan kenderaan yang membawa laju, tidak mengikut peraturan jalan raya termasuk individu yang mempunyai rekod dalam pangkalan data PDRM dan mempunyai waran tangkap.

Namun, pihaknya tidak akan menahan mereka yang mempunyai saman yang banyak dan waran tangkap kerana bukan fokus pihaknya sepanjang Op Selamat ke-18.

Media Baharu