fb fb fb fb fb

Op Selamat 18: Jenayah pecah rumah berkurang

PAROI, 15 Mei- Kadar laporan jenayah pecah rumah yang dicatatkan dalam Op Selamat 18 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini menyaksikan penurunan berbanding 2019.

Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Aidi Ismail, sebanyak 350 laporan kes pecah rumah berbanding 790 kes pada 2019.

Penurunan tersebut menunjukkan kesedaran orang ramai yang mula menjaga keselamatan rumah.

"Terima kasih kepada masyarakat bukan sahaja mereka beri maklumat pada pihak polis tapi juga menjaga kediaman masing masing, sekarang ni kita tahu banyak taman perumahan 'security' masing-masing guna CCTV dan 'alarm' di rumah masing- masing , sedikit sebanyak mengelakkan berlaku kejadian pecah rumah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Ketua Polis Negara di Paroi.

Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid.

Dalam pada itu, Aidi turut menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan meskipun terdapat kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 yang berkuat kuasa pada 1 Mei lalu.


(GAMBAR FAIL)

Media Baharu