
KUALA LUMPUR, 9 April — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan kenampakan objek disyaki serpihan angkasa di ruang udara Sarawak pada Selasa lalu.
- Tiada laporan rasmi mengenai penemuan serpihan di darat atau perairan.
- Analisis awal video tular menunjukkan objek kemungkinan serpihan angkasa, pengesahan lanjut masih dalam siasatan.
- Pemantauan aktif dijalankan oleh Bahagian Penguasa Angkasa dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia.
- Orang awam dinasihatkan tidak menyentuh objek mencurigakan dan laporkan melalui talian kecemasan 999 atau kepada BPAngkasa.
MOSTI dalam kenyataan memaklumkan, setakat ini tiada laporan rasmi mengenai penemuan serpihan berkenaan di darat atau perairan.
“Penelitian awal terhadap video tular mendapati objek berkenaan berkemungkinan sebahagian serpihan objek angkasa, namun pengesahan lanjut masih dalam siasatan.
“Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA),” menurut kenyataan itu.
Orang awam dinasihatkan agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa.
“Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa,” katanya
MOSTI berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti status sebenar objek berkenaan.