fb fb fb fb fb

NUTP mohon keputusan SPM dikeluarkan pada 23 Mei

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Mei- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) memohon agar keputusan SPM Tahun 2023 tersebut dapat dikeluarkan lebih awal iaitu pada 23 Mei depan.

NUTP dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini yang memaklumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 27 Mei ini.

"Ini kerana guru-guru telah membuat perancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mei 2024.

"Jika mengikut kenyataan media KPM di mana keputusan yang akan dikeluarkan pada 27 Mei 2024 tersebut, kebanyakkan guru-guru telah berada di kampung halaman masing-masing dan ada juga guru-guru telah merancang percutian bersama keluarga masing-masing," katanya.

Justeru, NUTP amat berharap pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat membuat pertimbangan semula agar keputusan SPM dapat dibuat sebelum cuti persekolahan bermula.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI