KUALA LUMPUR, 6 November-Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) giat melakukan konservasi Harimau Malaya sehingga 2030 dalam usaha pemuliharaan hidupan liar berkenaan.
Timbalan Menterinya, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata tindakan strategik konservasi terbabit dilakukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
“Pendekatan konservasi bertujuan menghentikan penurunan populasi harimau malaya melalui rondaan penguatkuasaan dan pengawalan (boots on the ground) melalui Program Perlindungan Biodiversiti dan Rondaan (BP3) serta pemeliharaan dan pemuliharaan habitat hidupan liar itu,” katanya demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid di Dewan Rakyat di sini, pada hari ini.
Tambahnya, konservasi itu melibatkan Unit Konservasi Harimau Malaya dibawah PERHILITAN dan penubuhan Biro Jenayah Hidupan Liar dibawah PDRM.