fb fb fb fb fb

Mesyuarat khas SPR urusan PRK Kemaman 17 Oktober ini

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengeluarkan notis Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kemaman, susulan mahkamah telah membatalkan keputusan pilihan raya parlimen itu pada 19 November tahun lepas.

Perkara itu berikutan tiada notis rayuan difailkan terhadap keputusan mahkamah berkenaan keputusan pembatalan keputusan pilihan raya Parlimen berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha SPR Datuk Indera Ikmalrudin Ishak, "SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 17 Oktober depan dan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh."

Mesyuarat itu akan membincangkan tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih dan persiapan-persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya bagi Parlimen berkenaan.

Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut.

(Tangkap layar kenyataan media SPR)

Media Baharu