KUALA LUMPUR, 21 Januari- Pusat Kawalan Muatan Kuasa Nasional (NLDC) Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraih anugerah tertinggi dalam Anugerah Penarafan Bintang Sasaran Penting (APBSP) 2023.
TNB menerusi kenyataan berkata, anugerah tersebut memperlihatkan kepakarannya dalam memastikan operasi pembekalan elektrik yang cekap di samping kawalan keselamatan yang tinggi dan cemerlang.
Sebanyak 28 syarikat tersenarai menerima pengiktirafan dalam lima kategori semasa APBSP 2023.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Penilaian anugerah adalah berdasarkan lima bidang penting iaitu komitmen pengurusan, keselamatan fizikal, keselamatan dokumen, keselamatan personel dan keselamatan ICT.
Anugerah berkenaan juga menunjukkan komitmen berterusan TNB dalam menjaga aset kritikal negara dan usaha gigih melaksanakan peralihan tenaga.