fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi awal dagangan

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 14 Jun- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi ketika awal dagangan hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai.

Pada pukul 9.24 pagi, kontrak Jun 2023, Julai 2023 dan Disember 2023 masing-masing menokok 6.0 mata kepada 1,386.0, 1,386.0 dan 1,373.0 dan September 2023 naik 5.50 mata kepada 1,373.0.

Jumlah dagangan sebanyak 739 lot, manakala kepentingan terbuka pada 39,373 kontrak.

Pada pukul 9.43 pagi, FBM KLCI naik 3.22 mata kepada 1,383.83 daripada 1,380.61 pada penutupan semalam.- BERNAMA


(Foto BERNAMA)

Media Baharu