fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI meningkat pada sesi dagangan awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 7 Mac - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka lebih tinggi pada sesi dagangan awal Khamis.

Pada 9.50 pagi, kontrak Mac 2024 naik 6.0 mata kepada 1,517.5 manakala April 2024, Jun 2024 dan September 2024 masing-masing menokok 5.5 mata kepada 1,519.0, 1,522.0 dan 1,513.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,492 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 52,949 kontrak.

Pada 9.55 pagi, FBM KLCI naik 4.85 mata kepada 1,536.36. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF