fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan rendah minggu depan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 8 Julai - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan rendah minggu depan berikutan pengukuhan dolar AS.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes menjangka pasaran emas fizikal akan terus bergelut berikutan data ekonomi di Amerika Syarikat yang lebih baik daripada jangkaan terus menyokong dolar.

“Bagaimanapun, berdasarkan pandangan saya mengenai ekonomi AS, kami berpendapat emas akan diniagakan dalam julat antara US$1,900 dan US$1,925 setiap troy auns minggu depan,” katanya kepada Bernama.

(FOTO HIASAN)

Bagi minggu baru berakhir, niaga hadapan emas domestik diniagakan tinggi dengan sejumlah 126 lot dicatatkan pada minggu tersebut berbanding 103 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka sebanyak 82 kontrak.

Pada asas mingguan, kontrak bulan semerta Julai 2023 meningkat kepada US$1,920.80 setiap troy auns daripada US$1,910.50 setiap troy auns manakala Ogos 2023 naik kepada US$1,928.10 setiap troy auns daripada US$1,915.50 setiap troy auns sebelum ini.

Kontrak bagi September 2023, Oktober 2023, Disember 2023 dan Februari 2023, masing-masing ditutup pada US$1,939.30 setiap troy auns daripada US$1,915.50 setiap troy auns minggu lepas.

Harga emas fizikal sebanyak US$1,908.80 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 6 Julai.-BERNAMA

Media Baharu