fb fb fb fb fb

New Zealand bakal haramkan telefon bimbit di sekolah

FOTO AFP

WELLINGTON, 1 Disember- Telefon bimbit akan diharamkan di seluruh sekolah di New Zealand dalam usaha memulihkan kadar celik huruf yang dilapor semakin merosot di negara itu.

Perdana Menteri, Christopher Luxon berkata, usaha tersebut akan menghentikan tingkah laku yang mengganggu pelajar, sekali gus membantu mereka untuk lebih fokus dalam pembelajaran.

"Kerajaan akan mengharamkan telefon bimbit di sekolah seluruh New Zealand. Kami mahu anak-anak kami belajar dan kami mahu guru kami mengajar," katanya hari ini.

Tahap membaca dan menulis di negara berkenaan telah merosot sehingga sesetengah penyelidik bimbang terdapat 'krisis' bilik darjah.

Penyelidik dari badan amal negara, Education Hub juga memberi amaran tentang 'krisis celik huruf' pada 2022 dengan mendapati lebih satu pertiga daripada kanak-kanak berumur 15 tahun hampir tidak boleh membaca atau menulis.

"Sesuatu mesti dilakukan untuk menangani kadar celik huruf yang sangat rendah di New Zealand dan ini adalah perkara nyata," menurut pihak itu. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA