(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)
SEREMBAN, 15 Julai- Kerajaan Negeri Sembilan menubuhkan Unit Hal Ehwal Bukan Islam.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penggal ini adalah yang pertama kali menubuhkan unit tersebut.
Ia bertujuan memudahkan kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat bukan Islam secara saksama.
"Dalam tempoh lima tahun ini baru ada. Kita bantu pelajar- pelajar, beri peruntukan khas untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan tamil dan sekolah swasta melibatkan peruntukan besar setiap tahun," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Persediaan PRN DAP Negeri Sembilan di Seremban.
Sementara itu, masyarakat bukan Islam turut berpuas hati apabila menerima kebajikan yang saksama.
"Saya sungguh gembira dan saya dpt lihat kebanyakan peruntukan diturun di bawah SJKC, SJKT dan rumah ibadat bukan Islam. Saya memang puas hati dengan kepimpinan beliau (Aminuddin). Contoh peruntukan untuk IPTA, IPTS, semua dapat tanpa mengira kaum," kata Yamuna Supaya.
"Ia sangat penting, peruntukan ini dapat dimanfaatkan untuk semua kaum, ada yang susah, tidak berkemampuan. Jadi kehidupan sedikit selesa apabila ada peruntukan macam ini," kata Jeetinter Singh.
Ini memang satu pelaksanaan perpaduan masyarakat yang pada pihak kami merasakan ia wajar diambil berat oleh kerajaan. Satu langkah yang baik," kata Goh Cheng Kooi.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berpuas hati dengan pimpinan Aminuddin dan berhasrat mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada penggal akan datang.
"Kita buktikan pada seluruh negara kita menyokong Datuk Seri Aminudin Harun. Beliau jadi Menteri Besar cukup satu penggal, cukup lima tahun. Malam ini pihak DAP isytihar akan tetap memberi sokongan kepada Datuk Seri Aminuddin sebagai Menteri Besar," katanya.
(Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke)