fb fb fb fb fb

'NASIONALfm AMBIL TAHU Syukuri Ramadan', santuni asnaf, anak yatim

Pengarah Bahagian Program Radio, Saifuzzaman Yusop

KUALA LUMPUR, 18 Mac- 'NASIONALfm AMBIL TAHU Syukuri Ramadan' merupakan program tahunan Radio Nasional bersama rakan strategik Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Menurut Pengarah Bahagian Program Radio, Saifuzzaman Yusop program ini memberi peluang syarikat korporat untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama dalam menyantuni asnaf dan anak-anak yatim.

"Kita berkolaborasi bersama dengan Summit Hotel USJ, bersama dengan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bersama dengan ANGKASA dan juga bersama dengan Habibi Noura.

"Jadi, sama-sama kita bekerjasama untuk berkongsi rezeki, bersama yang tidak mempunyai kelebihan atau pun anak-anak yatim ini", kata Saifuzzaman.

"Saya berterima kasih juga kepada NASIONALlfm yang saban tahun menjadi rakan strategik pada ANGKASA untuk mencari mereka-mereka yang memerlukan disamping menganjurkan program dan aktiviti untuk majlis penganugerahan atau pun pemberian bungkusan makanan", kata Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.

"Ini bukan kali pertama kita bekerjasama, tahun ini kita menyumbangkan 120 orang untuk berbuka puasa di sini. Pihak hotel juga ada menderma duit raya untuk keluarga asnaf", kata Pengurus Hotel Summit, Alex Ko.

Program 'NASIONALfm AMBIL TAHU Syukuri Ramadan', turut dimeriahkan dengan pemberian barangan asas oleh ANGKASA dan barangan kelengkapan ibadah oleh Habibi Noura.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan artis dan majlis berbuka puasa bersama menu 'Lambaian Bonda' dari Hotel Summit USJ.

ROSLINA BINTI DIN