fb fb fb fb fb

Na'im ucap tahniah kepada Daniel, raih tempat ketiga hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa Turkiye

Foto JAKIM

KUALA LUMPUR, 31 Oktober-Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar mengucapkan tahniah buat peserta hafazan Malaysia, Mohamad Daniel Haziq Haswadi yang telah menempa nama di peringkat antarabangsa selepas mendapat tempat ketiga di Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Antarabangsa Turkiye 2024. 

Melalui satu kenyataan beliau berharap, kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada para huffaz dan masyarakat di Malaysia agar sentiasa melazimi Al Quran.

Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menghantar seramai dua orang peserta mewakili negara dalam pertandingan tersebut. 

Mohamad Daniel Haziq Haswadi adalah peserta bagi kategori hafazan 30 juzuk manakala Mohamad Yusuf Kassim bagi kategori tilawah. 

Mohamad Daniel telah mendapat tempat ketiga dengan markah sebanyak 93.8 peratus bagi kategori yang disertai 38 negara lain. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD