fb fb fb fb fb

Naik taraf ban runtuh di Selangor, guna kaedah SPS - Exco

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 19 November- Selangor meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyenaraikan lokasi ban yang sering runtuh bagi tujuan naik taraf menggunakan kaedah binaan sistem panel serbaguna (SPS).

Menurut Exco Infrastruktur, Ir Izham Hashim, penggunaan sistem itu dilihat lebih efektif dan dapat mengelak insiden ban rebah berulang.

"Projek ini tidak panjang. Masanya memerlukan masa tiga bulan seperti di Bagan Pasir, hanya tiga bulan untuk siap. Jadi, kita akan bagi masa beberapa bulan dan dalam masa sama, saya telah meminta JPS berikan senarai tempat ban yang sering runtuh.

Ini termasuk Taman Saujana. Ia untuk kita melaksanakan projek ini bagi memastikan tidak berulang. Kalau nak ganti semua itu, proses yang panjang dan kos yang tinggi," kata Ir. Izham dalam Sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Jeram, Datuk Harrison Hassan.

Tambah Izham, penggunaan teknologi SPS itu bertujuan penambakan sungai, jalan masuk, tembok penahan, asas tetulang jalan kereta api dan sebagainya.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM