fb fb fb fb fb

Naib Presiden AFC, Saud Abdulaziz meninggal dunia, Agong zahir ucapan takziah

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 17 Januari- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga Naib Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Saud Abdulaziz al-Mohannadi yang meninggal dunia baru-baru ini.

Menerusi hantaran dalam Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan kepada insan tersayang dan keluarga Allahyarham agar sabar, tabah dan cekal dalam suasana sedih dan pilu ini.

Al-Sultan Abdullah, bekas Naib Presiden AFC dan ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengiktiraf legasi dan sumbangan besar Saud Abdulaziz terhadap pembangunan bola sepak di Qatar dan benua Asia.

Saud Abdulaziz, yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Qatar dan ahli Majlis FIFA meninggal dunia Selasa lepas pada usia 66 tahun.


(Foto FB Istana Negara)

Media Baharu