NAFAS jalin kerjasama RM1.5 bilion dengan syarikat China, perkukuh industri baja

Foto RTM

SERDANG, 4 September – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menjalinkan kerjasama strategik dengan GPC dan CDIJS dari China menerusi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membangunkan rantaian industri baja bersepadu di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaburan RM1.5 bilion disalur dalam tempoh lima tahun bagi pembangunan industri baja.
  • MoU merangkumi pembangunan fasiliti pemprosesan bahan mentah baja fosfat dan jaminan bekalan jangka panjang.
  • Fokus pada pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti teknikal tempatan untuk memperkukuh keupayaan industri.
  • Inisiatif menjadikan ekosistem baja lebih bersepadu, memperkukuh rantaian bekalan dan menyokong sektor agromakanan serta tenaga kerja mahir.

Kerjasama itu melibatkan pelaburan bernilai RM1.5 bilion bagi tempoh lima tahun dan disaksikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

MoU berkenaan merangkumi pembangunan fasiliti pemprosesan bahan mentah baja fosfat serta usaha memperkukuh jaminan bekalan bahan mentah untuk jangka panjang.

Ketiga-tiga pihak turut memberi tumpuan kepada pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti teknikal tempatan bagi memperkukuh keupayaan industri baja negara.

Kerjasama itu dijangka mewujudkan ekosistem industri baja yang lebih bersepadu, daripada aspek bekalan bahan mentah hingga pemprosesan, selain menyokong keperluan sektor pertanian tempatan.

Ia turut membuka ruang perkongsian kepakaran dan teknologi antara syarikat China dengan pemain industri tempatan, khususnya dalam meningkatkan keupayaan teknikal serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran dalam sektor baja.

Pertukaran MoU itu menjadi langkah penting ke arah memperkukuh rantaian bekalan baja negara dan membangunkan industri yang lebih berdaya tahan bagi menyokong kelangsungan sektor agromakanan Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.