Nadia Kesuma meninggal dunia akibat sakit jantung di Jeddah

Allahyarham Nadia Kesuma.

GEORGE TOWN, 18 Januari – Pelakon Nadia Kesuma yang sebelum ini dilaporkan gagal dikesan sejurus tiba di Jeddah, disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelakon Nadia Kesuma, 50 tahun, disahkan meninggal dunia di Jeddah akibat sakit jantung pada 15 Januari 2026.
  • Suami mengumumkan pemergian beliau di Facebook, memuji sifat setia, penyayang dan dedikasi Allahyarhamah.
  • Nadia dilaporkan hilang sejurus tiba di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz dan menyertai kumpulan umrah 21 peserta.

Pemergian pelakon berusia 50 tahun itu dikongsi oleh suaminya Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah menerusi hantaran di Facebook.

“Assalamualaikum, dengan perasaan amat sedih dan pilu, saya ingin memaklumkan pemergian isteri tercinta saya, Nadiah Kasumawati binti Abdul Karim, yang meninggal dunia dengan tenang di tanah para anbiya, Jeddah, pada 15 Januari 2026 pukul 8.07 pagi.”

“Semoga Allah mengurniakan keampunan kepadanya. Sayangku, aku akan sentiasa merindui dirimu. Aku bersyukur dapat mengiringimu ke destinasi terakhirmu. Aku mencintaimu dan insya-Allah kita akan bertemu kembali, mudah-mudahan di syurga. Ya Allah, sesungguhnya kami datang daripada-Mu dan kepada-Mu kami kembali,” katanya.

Dalam kenyataan itu, suaminya menyifatkan Allahyarhamah sebagai seorang isteri yang setia, penyayang, ikhlas dan sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi sepanjang kehidupan berumah tangga.

Terdahulu, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim yang membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis lalu.

Nadia antara 21 peserta yang menyertai kumpulan umrah bersama sebuah agensi pelancongan bermula dari 14 hingga 28 Januari ini.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan