fb fb fb fb fb

MyCare kumpul RM1 juta untuk Palestin

Suhaizan Kayat menyerahkan sumbangan kepada MyCare yang diterima Pengurus MyCare Johor, Rozi Abdul Ghani

JOHOR BAHRU, 12 November- Sejumlah RM1 juta berjaya dikumpulkan  Humanitarian Care Malaysia, MyCare untuk disalurkan kepada Palestin.

Daripada jumlah itu, RM300,000 disumbangkan MyCare Johor.

Pengurus MyCare Johor, Rozi Abdul Ghani berkata, ia melibatkan bantuan kewangan, perubatan dan makanan.

"Alhamdulillah MyCare telah menyalurkan fasa pertama RM500,000 dan peringkat kedua kita bersama Wisma Putra salurkan bantuan perubatan berjumlah RM500,000 jadi kita sudah salurkan RM1 juta,"katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat berkata, himpunan aman solidariti wajar diteruskan bagi menzahirkan solidariti kepada Palestin.

"Sebab kita mahu tingkat kesedaran rakyat Malaysia tentang apa yg berlaku di Palestin itu adalah bentuk penjajahan kezaliman itu bukan terkena pada orang Islam sahaja tetapi rakyat Palestin tak kira agama ada yang Islam , Kristian dan sebagainya dizalimi Zionis,"kata Suhaizan.

Dalam majlis sama, Suhaizan turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM11,000 kepada MyCare Malaysia Berhad untuk diserahkan kepada penduduk Palestin.

Pagi tadi berlangsung perhimpunan aman sebagai tanda solidariti kepada Palestin yang turut disertai kira-kira seribu penduduk PPR Kempas Permai.

Bacaan Qunut Nazilah juga diadakan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE