KUALA LUMPUR, 11 Mei- Yang di-Pertua Dewan Negara, mendiang Senator, Datuk Mutang Tagal merupakan seorang individu yang berprinsip dan serius dalam usaha reformasi Parlimen.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesungguhan mendiang untuk mengangkat martabat Parlimen termasuk Dewan Negara ke tahap lebih tinggi dapat dilihat sebaik sahaja beliau dilantik memegang jawatan itu pada Februari lalu.
Beliau menyifatkan pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat negara dan Sarawak.
"Tidak aktif dalam politik sekian lama dan akhirnya kita lantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.
"Mula membicarakan soal reformasi secara serius dengan Tan Sri Johari.
"Oleh itu, kita kehilangan seorang Yang di-Pertua Dewan Negara yang mampu mengangkat martabat Dewan Negara dan usulkan 'reform' dalam sistem Parlimen negara kita.
"Saya sampaikan ucapan takziah kepada isteri mendiang, Datin Ho May Leng dan keluarga. Semoga mereka kuat dan tabah hadapi dugaan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Mutang di Nirvana 2 di sini.
Artikel Berkaitan:
Pemergian Mutang, kehilangan besar buat negara
Agong, PM ucap takziah kepada keluarga Mutang Tagal