fb fb fb fb fb

MTL: Taman eko, hutan simpan di Selangor ditutup hingga Januari 2025

FOTO FAIL

SHAH ALAM, 22 Oktober - Semua aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) ditutup sementara, bermula 15 November hingga akhir Januari 2025.

Pengarah Perhutanan Negeri Selangor Azhar Ahmad berkata penutupan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak berlaku insiden tidak diingini kepada pengunjung susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula awal bulan depan.

"JPNS akan menutup sementara semua aktiviti rekreasi di dalam hutan simpanan kekal di Selangor hingga 31 Jan 2025 bagi menghadapi musim MTL," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi JPNS.

Antara Taman Eko Rimba di Selangor ialah Rimba Gabai, Gunung Nuang, Rimba Kanching, Sungai Chongkak, Sungai Sendat, Sungai Tekala, Sungai Tua, Ampang, Komanwel, Kota Damansara dan Templer.

TETITIA YUSOFF