fb fb fb fb fb

MTL: Bekalan ikan di Kedah cukup tampung keperluan

LKIM menjangkakan bekalan ikan cukup di Kedah bagi menampung musim Monsun Timur Laut/ FOTO RTM

ALOR SETAR, 23 November- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah memberi jaminan bekalan ikan untuk pasaran Kedah mencukupi untuk menampung keperluan sepanjang Monsun Timur Laut.

Pengarahnya, Mohd Fauzi Ghazali berkata, ketika ini, terdapat sebanyak 695 tan stok bekalan ikan sejuk beku boleh dibekalkan pada bila-bila masa jika berlaku kekurangan ikan di pasaran.

Menurut Fauzi stok berkenaan juga boleh dibekalkan ke negeri lain sekitar Zon Utara sekiranya berlaku gangguan bekalan.

"Kita telah beri penekanan supaya swasta juga memainkan peranan berkaitan stok ikan sejuk beku dari syarikat.

"Selain Persatuan Nelayan, kita juga galakkan pihak swasta turut membantu kita dalam memastikan bekalan ikan mencukupi untuk keperluan rakyat", katanya kepada RTM di Pelabuhan LKIM, Kuala Kedah, di sini.

Fauzi turut menasihatkan para nelayan agar mengutamakan aspek keselamatan di laut bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku apabila cuaa bertambah buruk.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD