fb fb fb fb fb

MTFF dan Ladang Rusa Sungai Rambai akan dibangunkan semula

xco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh

MERLIMAU, 21 September -Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF) dan Ladang Rusa di Sungai Rambai akan dibangunkan semula.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kedua-dua lokasi kini dalam proses penambahbaikan.

Katanya, MTFF bakal dilengkapi kemudahan 'caravan park' dengan pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan.
 
Sementara itu, Ladang Rusa pula akan memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai ternakan, pembiakan dan produk berasaskan daging rusa.

"Maksudnya akan ada ladang nanas, akan ada ladang tembikai wangi (rock melon) akan ada tangkap ikan. Jadi pelancong-pelancong boleh datang, boleh menikmati, boleh duduk di Caravan Park itu. Dan juga a akan boleh merasai sendiri bagaimana tangkap ikan dan juga ladang-ladang nanas itu.

"Pada masa yang sama juga, Insya-Allah kita sedang bangunkan semula ladang rusa kita yang berada di Sungai Rambai. Kita sedang bangunkan juga dan kita jangka awal tahun depan selewat-lewatnya bulan Februari, ladang rusa itu akan beroperasi dan semua itu kita akan buat konsep rusa," katanya, di sini.
 
Jelasnya, usaha dijangka memperkukuh sektor agropelancongan negeri serta memberi pengalaman baharu kepada pengunjung.

TETITIA YUSOFF