MTEN pantau kesan krisis Asia Barat kepada ekonomi – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat MTEN Bilangan 2 Tahun 2026 di Putrajaya, hari ini – Foto Facebook

PUTRAJAYA, 16 Mac – Jemaah Menteri bersetuju agar Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memantau perkembangan krisis di Asia Barat dan perbincangan mendalam diadakan secara mingguan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mesyuarat MTEN menerima taklimat petunjuk utama ekonomi; secara keseluruhan keadaan dikatakan terkawal.
  • Kerajaan menekankan pemantauan rapi dan langkah awal perlu direncanakan menghadapi kemungkinan yang bakal timbul.
  • Perbincangan MTEN akan melibatkan penyertaan aktif pihak industri untuk cadangan penyelesaian lebih cepat, praktikal serta memastikan kelangsungan hidup rakyat tidak terjejas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat MTEN Bilangan 2 Tahun 2026 yang dipengerusikannya hari ini telah mendengar taklimat berkaitan petunjuk utama semasa ekonomi negara dan secara keseluruhan keadaaan adalah terkawal.

“Namun, pemantauan dan langkah-langkah awal atas kemungkinan-kemungkinan yang bakal timbul perlu direncanakan sekarang.”

“Sehubungan itu, perbincangan-perbincangan MTEN akan melibatkan penyertaan lebih aktif daripada pihak industri bagi memastikan pemahaman isu dan cadangan penyelesaian yang lebih cepat serta praktikal dapat ambil,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambah beliau, Kerajaan MADANI akan terus memantau rapat krisis ini serta kesannya terhadap ekonomi dan rakyat.

Sekaligus, kekal fokus mengekalkan asas ketahanan ekonomi negara serta memastikan kelangsungan hidup rakyat tidak terjejas.