fb fb fb fb fb

MRANTI lantik Rais Hussin sebagai CEO baharu

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) melantik Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa esok, 9 Oktober, 2023.

Agensi itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, Datuk Dr Rais yang mengambil alih jawatan daripada pemangku CEO dan Ketua Pegawai Komersial Khairil Anuar Sadat, mempunyai pengalaman lebih 28 tahun dan rekod kepimpinan yang kukuh dalam pelbagai sektor.

Dalam peranan baharunya, Datuk Dr Rais akan bertanggungjawab memacu visi strategik MRANTI dan menyelia operasi hariannya, katanya dalam satu kenyataan.

Ia juga berkata beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang telekomunikasi, teknologi dan keusahawanan.

“Saya komited untuk menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan dan kejayaan organisasi sebagai pemecut teknologi dan inovasi serta mengukuhkan ekosistem inovasi di Malaysia,” kata Rais.

Sementara itu, Pengerusi MRANTI Prof Dr Rofina Yasmin Othman berkata pengalaman luas Datuk Dr Rais dan pemahaman mendalam mengenai nilai teknologi dan inovasi akan memainkan peranan penting dalam mengemudi MRANTI mencapai kejayaan yang berterusan.

MRANTI adalah agensi pengkomersilan Malaysia yang mempunyai sumber untuk mempercepatkan pengkomersilan idea-idea inovatif yang akan memacu impak.


(Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff)

Media Baharu