fb fb fb fb fb

Motosikal bertembung, dua lelaki maut

Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di Jalan Lebuh Paduka, Changkat Lada, awal pagi tadi / Foto PDRM

IPOH, 10 April - Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di Jalan Lebuh Paduka, Changkat Lada, awal pagi tadi.

Laporan mengenai kejadian itu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah kira-kira pukul 3 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendent, Mohd Uzir Ismail berkata kemalangan melibatkan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 21 tahun dari arah Seberang Perak menuju ke Changkat Lada dan seorang remaja berusia 17 tahun dari arah bertentangan.

"Setibanya di lokasi kejadian, kedua-dua motosikal telah bertembung di tengah jalan menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh ke tepi jalan. Akibat pelanggaran, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat IPD Perak Tengah, Inspektor Nur Muhammad Aizat Abdullah di talian 05-3712222.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN