MOTAC semak semula Program Tahun Melawat Malaysia 2026

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menyemak semula beberapa program dan acara di bawah Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 susulan perkembangan geopolitik semasa yang memberi kesan kepada perancangan sektor pelancongan negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri menjawab soalan di Dewan Rakyat berkaitan acara utama Tahun Melawat Malaysia 2026.
  • Kementerian memerlukan sedikit masa untuk menilai semula pelaksanaan program sebelum membuat pengumuman rasmi.
  • Rain Rave Water Music Festival 2026 disasarkan kepada pasaran antarabangsa dan domestik; penyertaan pilihan dan terbuka kepada semua tanpa mengira kaum atau agama.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata kementerian memerlukan sedikit masa untuk menilai semula pelaksanaan program berkaitan sebelum membuat pengumuman rasmi mengenai acara utama yang akan dianjurkan bersempena kempen berkenaan.

“Semakan itu dijangka mengambil masa kira-kira sebulan hingga sebulan setengah,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman di Dewan Rakyat yang meminta penjelasan mengenai acara utama yang bakal dilaksanakan bagi terus merancakkan industri pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Dalam masa sama, beliau turut menjawab soalan Ahli Parlimen Tumpat berhubung penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026, termasuk dakwaan bahawa acara tersebut menerima bantahan daripada pihak tertentu serta persoalan mengenai kesesuaiannya dengan identiti negara.

“Festival itu dianjurkan untuk pasaran pelancongan antarabangsa dan domestik sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh sektor pelancongan negara.

“Penyertaan dalam program berkenaan adalah bersifat pilihan dan terbuka kepada semua tanpa mengira kaum atau agama,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.