fb fb fb fb fb

MOTAC salur RM400,000 untuk naik taraf tiga inap desa di Melaka

Pengerusi Pemilik Inap Desa dan Kampung Stay Melaka, Datuk Akramuddin Ab. Aziz

MELAKA, 31 Mac - Peruntukan sebanyak RM400,000 disalur Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menaik taraf infrastruktur tiga inap desa di Melaka tahun ini.

Pengerusi Pemilik Inap Desa dan Kampung Stay Melaka, Datuk Akramuddin Ab. Aziz berkata tiga inap desa berkenaan masing-masing di Melaka Pindah, Kampung Morten Dan Tanjung Kling.

Beliau berkata tiga inap desa terbabit layak menerima peruntukan berkenaan selepas didapati mencapai piawaian yang ditetapkan.

"Tahun lepas kita mendapat peruntukan hampir RM200,000. Jadi ini merupakan satu galakan dan ini merupakan satu suntikan semangat untuk memastikan bahawa pemilik-pemilik inap desa dan kampung stay negeri Melaka menjaga kebersihan inap desa mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas program sumbangan baju raya kepada 40 anak yatim, asnaf serta warga emas, di Alai, di sini.

Tambah Akramuddin, pihaknya juga sedang memohon peruntukan tambahan daripada MOTAC untuk menaik taraf enam lagi inap desa di negeri berkenaan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN