fb fb fb fb fb

MOTAC batal lesen syarikat Al Quds Umrah & Tours (M) Sdn Bhd

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) batal lesen syarikat pengendali haji dan umrah, Al Quds Umrah & Tours (M) Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.

Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Roslan Abdul Rahman dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

"Kementerian ini memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI," kata kenyataan itu.

Terdahulu, MOTAC menggantung lesen syarikat berkenaan sejak 9 Julai 2024 hingga 19 Januari 2025.

Syarikat berkenaan dilapor terbabit dengan kes penipuan umrah dan mangsa masih menunggu untuk mendapatkan pampasan.

MOTAC turut memandang serius isu berkenaan dan menasihati orang ramai agar sentiasa menyemak status lesen syarikat, terutama berkaitan pakej umrah.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM