fb fb fb fb fb

MOSTI kaji projek bangun tapak pelancar roket di Malaysia

(Dr. Adham berkata MOSTI kaji projek bangun tapak pelancar roket di Malaysia)

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Empat syarikat menunjukkan minat untuk terlibat dalam projek pembangunan tapak pelancar roket di Malaysia, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Empat syarikat tersebut ialah Tijian Galaxy Aerospace Consortium, Serba Dinamik, Nusa Space dan Sovereign Systemtechnik.

"Mereka telah bertemu denga Mysa untuk membincangkan sama ada tapak pelancaran yang sesuai dapat dibangunkan di negara kita dengan tujuan untuk pertama tapak pelancaran, kedua pembangunan roket itu sendiri untuk membawa objek ke angkasa.

"Pemilihan tapak pelancaran angkasa di negara kita bersesuaian kerana kita berdekatan dengan Khatulistiwa. Lebih-lebih lagi dia lebih murah berbanding negara lain kalau kita boleh laksanakan," kata Dr. Adham dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Minggu Angkasa Sedunia bertemakan Kelestarian Angkasa, di sini.

Setakat ini, Malaysia sudah berjaya melancarkan 10 satelit iaitu enam satelit komunikasi dan masing-masing dua satelit penderiaan jauh dan satelit penyelidikan.

(Datuk Seri Dr Adham ketika berucap melancarkan Minggu Angkasa Sedunia di Pusat
Sains Negara/BERNAMA)

Media Baharu