KOTA BHARU, 29 Oktober- Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman Datuk Mohd Yusoff Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan berkuat kuasa hari ini.
Mohd Yusoff menggantikan Datuk Muhamad Zaki Harun yang bersara pada 31 Ogos lalu.
Sebelum ini jawatan Ketua Polis Kelantan dipangku oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Mohd Ali Tamby.
Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kota Bharu di sini hari ini.