MOF, KWSP masih berbincang penggunaan caruman KWSP untuk MHIT

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/Foto RTM

PARLIMEN, 29 JanuariKementerian Kewangan (MOF) masih meneliti kesesuaian membenarkan pencarum menggunakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membayar Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) Asas.

RINGKASAN BERITA AI
  • MOF masih berbincang dengan KWSP mengenai kelayakan MHIT Asas untuk pengeluaran Akaun 2.
  • Penggunaan Akaun Sejahtera (Akaun 2) sudah dibenarkan untuk perlindungan i-Lindung penyakit kritikal.
  • Projek rintis MHIT Asas dijangka dilancarkan pada Jun dan mungkin guna konsep pembayaran bersama.
  • Pembayaran bersama bertujuan kawal kos dan tingkat ketelusan harga, bukan membebankan penerima.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, setakat ini penggunaan Akaun Sejahtera (Akaun 2) sudah dibenarkan bagi perlindungan i-Lindung untuk penyakit kritikal.

“Jadi, kita masih berbincang dengan KWSP untuk melihat sama ada konsep MHIT asas ini boleh diterima sebagai sebahagian produk yang boleh dibenarkan untuk pengeluaran,” jelasnya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Datuk Seri Amir memaklumkan projek rintis MHIT asas yang dijangka dilancarkan pada Jun tahun ini berkemungkinan menggunakan konsep pembayaran bersama bagi menangani kos kesihatan.

“Pembayaran bersama bukan bertujuan membebankan, sebaliknya memastikan ketelusan harga serta kawalan kos perkhidmatan kesihatan oleh kedua-dua pihak, penerima dan pemberi,” katanya.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan