fb fb fb fb fb

MITI akan teliti sasaran 10,000 stesen pengecas EV

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

PETALING JAYA, 23 Januari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan meneliti semula sasaran 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) beroperasi di negara ini menjelang 2025 kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sehingga kini terdapat hampir 1,500 stesen pengecas EV yang beroperasi namun jumlah tersebut jauh daripada sasaran yang ditetapkan bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.

Namun kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut namun dan Zafrul bersama-sama rakan kabinet akan memperhalusi semula perkara itu.

"Nampaknya target itu agak agresif kerana ada banyak isu yang perlu kita lakukan dari segi kelulusan, inilah salah satu cabaran kerana ada banyak agensi yang terlibat.

"Suruhanjaya Tenaga dan juga pihak berkuasa tempatan yang berkaitan serta pihak lain. Oleh itu kita kena perkemaskan proses kerana ada keluhan daripada syarikat-syarikat berkenaan kelulusan stesen pengecasan ini memakan masa lama," katanya kepada media selepas melancarkan pelan langganan pascabayar pemilikan e-motosikal, di sini.

Berkenaan rebat Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang dijenamakan semula sebagai MARiiCas, Zafrul telah memaklumkan kepada Kementerian Kewangan (MoF) mengenai keperluan untuk menambah peruntukan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI