Misi SAR : 11 pegawai, anggota SMART berlepas ke Nepal

Misi dijadual berlangsung 10 hari

SUBANG, 5 September – 11 pegawai serta anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas ke Nepal pagi tadi bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi terjejas banjir dan tanah runtuh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Misi diluluskan Kerajaan Nepal dan dijadual berlangsung 10 hari.
  • Pasukan diketuai Komander SMART PgKB1 Abdul Manaf Che Isa dengan pelbagai kepakaran dan sokongan teknikal.
  • Operasi mungkin melibatkan kawasan terowong tetapi bergantung kepada taklimat di sana.
  • Pasukan dijangka tiba kira-kira 11 pagi waktu tempatan; TUDM sediakan pesawat A400M dan Kementerian Luar bantu penghantaran.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Meor Ismail Meor Akim memaklumkan misi yang memperoleh kelulusan Kerajaan Nepal itu dijadual berlangsung 10 hari.

“Pasukan diketuai Komander SMART Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB1) Abdul Manaf Che Isa yang dibentuk secara khusus dengan pelbagai kepakaran serta sokongan teknikal.

“Setakat ini, kita diberi gambaran bakal ke kawasan terowong. Bagaimanapun, ianya bergantung kepada taklimat di sana.

“Kita membantu dalam operasi mencari dengan tidak mengira siapa, kita akan selamatkan tetapi tumpuan adalah kawasan terakhir rakyat kita terjejas,”katanya dalam sidang media pada Majlis Pelepasan Pasukan SMART.

Pasukan berkenaan dijangka tiba di Nepal sekitar 11 pagi waktu tempatan sebelum menerima taklimat operasi serta diatur gerak ke lokasi yang telah dikenal pasti termasuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atas kerjasama menyediakan pesawat A400M serta Kementerian Luar yang membantu urusan penghantaran pasukan ke Nepal.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.