fb fb fb fb fb

Minyak tumpah di laut punca pencemaran di Pantai Sungai Rengit

Keadaan pantai yang tercemar akibat tumpahan 400 tan minyak bahan bakar kapal, MFO 380

KOTA TINGGI, 20 Jun- Kira-kira 400 tan minyak bahan bakar kapal, MFO 380 dilapor tumpah di laut, akibat pelanggaran kapal di Terminal Pasir Panjang, Singapura sehingga menyebabkan pencemaran di kawasan pantai Sungai Rengit,  Pengerang, Kota Tinggi, Johor.
 
Keadaan itu dikesan semalam selepas Jabatan Alam Sekitar, JAS menerima laporan daripada Majlis Perbandaran Pengerang, MPP.

EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon memaklumkan, pemantauan berterusan akan dijalankan selain mengaktifkan Pelan Tindakan Pembersihan Pantai, sekiranya perlu.
 
JAS Johor juga mendapatkan bantuan beberapa agensi lain bagi memantau situasi lokasi dipercayai tercemar.
 
Antara terlibat jabatan Laut Wilayah Selatan, Lembaga Pelabuhan Johor, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Polis Marin dan Tentera Laut, TLDM.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE