fb fb fb fb fb

Mini KUD @Kota Samarahan sasar nilai jualan berjumlah RM300,000

Datuk Rubiah Wang ditemui pemberita selepas Majlis Santai Bersama Media di Kuching

KUCHING 28 Januari- Program Mini Karnival Usahawan KUD @Kota Samarahan yang akan diadakan bermula 1 sehingga 4 Februari depan menyasarkan seramai RM30,000 pengunjung dengan nilai jualan dianggarkan berjumlah RM300,000 sepanjang tempoh pelaksanaan program.

Timbalan Menteri Kemajuan Dewa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, kumpulan sasar bagi program tersebut adalah usahawan luar bandar yang telah mendapat bimbingan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), agensi dan usahawan-usahawan luar bandar berpotensi yang memerlukan bantuan khidmat nasihat dalam meningkatkan produktiviti dan megembangkan perniagaan.

Beliau berkata, dalam edisi kali ini, lebih 100 usahawan luar bandar bawah KKDW dan penjaja kecil tempatan akan turut serta dalam karnival tersebut.

Mini KUD @Kota Samarahan akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi pada 2 Februari.

Program tersebut merupakan usaha KKDW untuk mengetengahkan dan meningkatkan pendapatan usahawan tempatan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah melibatkan pameran agensi di bawah KKDW, Ceramah Perdana , Mini Planetarium dan Pesta Makan Lemang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE