fb fb fb fb fb

Mini Karnival Usahawan Desa di Limbang, capai jualan lebih RM400,000

LIMBANG, 2 Oktober- Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di Limbang mencapai jualan lebih RM400,000.

Nilai jualan itu melebihi sasaran yang ditetapkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) iaitu sebanyak RM200,000 sepanjang tiga hari pelaksanaannya yang bermula Jumaat lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata program ini bertujuan menyediakan platform dalam membantu perkembangan perniagaan usahawan luar bandar serta memperkenalkan insentif yang disediakan oleh sektor awam dan swasta untuk golongan usahawan.

Mini KUD ini juga menjadi platform bagi para usahawan tempatan dari seluruh negeri ini mempromosikan produk masing-masing, hasil bimbingan daripada agensi-agensi dibawah KPLB.

Beliau berkata sedemikian semasa berucap dalam majlis Perasmian Penutupan Mini Karnival Usahawan Desa KUD@Limbang di Kompleks Sukan Limbang.

Tambahnya lagi, jumlah pengunjung yang direkodkan melebihi 30,000 pengunjung, melepasi sasaran awal KPLB iaitu sebanyak 15,000 pengunjung sepanjang tiga hari pelaksanaannya.


(Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid)

Media Baharu