fb fb fb fb fb

MIC harap diberi lebih banyak kerusi pada PRU15

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- MIC berharap lebih banyak kerusi diberikan untuk calon parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Bagaimanapun menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri M. Saravanan, parti itu tidak akan memberi tekanan kepada Barisan Nasional (BN) yang masih meneliti pembahagian kerusi.

Harapan disuarakan selepas menyaksikan pertambahan sokongan masyarakat India terhadap MIC menerusi beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

"Kalau banding dengan PRU Ke-14 dan selepas itu Pilihan Raya Kecil (PRK), pada PRK Cameron Highland, sehingga Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor kita dapat lihat perubahan besar dalam kalangan masyarakat India.

"Daripada sebelum ini kurang daripada 10 peratus PRU14, tetapi di PRK dan PRN kita dapat hampir 37 peratus dan saya yakin ini akan bertambah pada PRU15," katanya.

(Datuk Seri M. Saravanan)

Beliau bercakap kepada media ketika ditemui selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau persiapan Deepavali di Brickfields, di sini malam tadi.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran sebelum ini menyatakan hasrat parti, untuk bertanding di sembilan kerusi Parlimen, atau mungkin lebih dan 18 kerusi DUN, pada PRU15 November depan.

Media Baharu